FEBRUARI 2024

Beberapa Projek Jalan Raya Tertangguh Berjaya Ditangani


KUCHING: Perbincangan mengenai menangani projek tertangguh di negeri ini antara Kementerian Kemajuan Desa dan Pembangunan Wilayah (KKDW) dan Kementerian Pembangunan Pelabuhan (MIPD) hari ini membuahkan hasil meyakinkan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Embas mengetuai rombongan MIPD manakala KKDW diketuai oleh Ketua Setiausahanya, Dato Sri Ramlan Dato Harun.

Uggah menyifatkan perbincangan itu membuahkan hasil kerana berjaya menangani beberapa projek jalan raya tertangguh di bawah KKWD di negeri ini.

“Kita berjaya menyelesaikan pelbagai isu yang menyekat kelicinan projek yang dilaksanakan.

“KKDW menyambut baik dengan cadangan kita dan bersama dengan JKR Sarawak akan berusaha sedayanya untuk melaksanakan projek tertangguh itu secepat mungkin,” kata Uggah.

Hadir sama Timbalan MIPD, Datuk Ir. Aidel Lariwoon, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Gerawat Gala, Setiausaha Tetap MIPD, Datu Chiew Chee Yau dan Pengarah JK Sarawak, Datuk Ir. Richard Tajan.